Prudential BSN Takaful

img_aboutprubsn

Prudential BSN Takaful Berhad (diketahui secara meluas dalam industri sebagai PruBSN) adalah salah satu pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan usaha sama antara Bank Simpanan Nasional dan Prudential Sdn Bhd, di mana mereka masing-masing berkongsi kepentingan sebanyak 51 dan 49 peratus. Ia merupakan sebuah syarikat takaful (sistem pembayaran balik secara kerjasama dalam hal yang melibatkan kerugian, ia dibayar kepada individu atau syarikat yang terlibat dalam risiko ini, kemudiannya mereka perlu membayar ganti rugi dengan mengeluarkan sedikit sumbangan secara tetap yang dikendalikan oleh pihak yang mengendalikan takaful dan ini dilakukan setelah dipersetujui oleh individu atau syarikat terbabit) khusus untuk keluarga dan orang ramai di Malaysia.

asiatop

Usaha sama baru ini juga menawarkan pelbagai simpanan takaful, perlindungan, dan produk pelaburan yang telah dimajukan dengan kehendak unik daripada Bumiputra (Melayu Islam) yang terdiri 60% jumlah penduduk di Malaysia.  PruBSN merupakan pasaran yang terkemuka dari 2011 hingga 2014 mengikut Perkhidmatan Insurans di Malaysia. Selain itu, PruBSN telah dipilih sebagai ‘Pengendali Takaful Terbaik’ di Asia oleh syarikat penerbitan antarabangsa iaitu CPI Financial dan telah menjadi naib juara bagi anugerah ‘Pusat Perhubungan Baru Terbaik’ daripada Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia. Pada tahun 2015, ia telah memenangi pelbagai anugerah yang lain termasuklah ‘Institusi Takaful Terbaik’ oleh The Asset.

PruBSN mempunyai 12,000 tenaga agensi dan ia berpasangan dengan Standard Chartered Saadiq, Bank Islam Affin, dan Kuwait Finance House di Malaysia untuk mengedarkan produk mereka. Pada tahun 2013, ia bermula meningkatkan penggunaan peranti wayarles seperti telefon pintar dan tablet bagi tujuan penjualan produk mereka dengan serta-merta melalui debit dan kad kredit. Pada April 2015, lebih daripada 50 peratus jualan telah dilakukan di atas platform mudah alih.

Pelan Kesihatan Takaful

Pelan kesihatan takaful oleh Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah pelan kesihatan pertama bagi industri takaful di Malaysia yang mempunyai No Claim Bonus (NCB). Pelan ini menyediakan liputan kesihatan dan hospital yang menyeluruh sehingga umur 80 tahun serta mempunyai lingkungan tuntutan jangka hayat yang tinggi dalam industri iaitu 10 kali daripada lingkungan tahunan pelan yang dipilih. Di samping itu, pelan kesihatan takaful ini juga membayar pelanggannya untuk kekal sihat melalui ciri baru NCBnya sebanyak RM500 setahun yang bergantung pada pakej yang dipilih dan ini membuatkan pelan ini berbeza daripada pelan kesihatan yang lain. Ia juga bermakna bahawa pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan berhak menerima wang daripada NCB.

flyers

Kad Pelan Kesihatan Takaful

Kad Pelan Kesihatan Prudential BSN Takaful menawarkan pelbagai polisi untuk mereka yang memohon antaranya termasuklah (1) kad kesihatan yang merangkumi bil bayaran wad kesihatan dan hospital di hospital swasta, (2) simpanan, (3) insurans nyawa, (4) kehilangan upaya, dan (5) penyakit kritis. Kad pelan kesihatan ini juga menawarkan kad pelan kesihatan premium yang memerlukan pemohon membayar RM300 sebulan bagi mendapatkan elaun wad harian sebanyak RM100 hingga RM200 semasa dalam wad kesihatan. Walau bagaimanapun, pemohon dengan kad pelan kesihatan di bawah nilai RM300 masih boleh meningkatkan pelan mereka pada bila-bila masa saja.

Di samping itu, kad pelan kesihatan Prudential BSN Takaful mempunyai tabung amal antara RM600,000 hingga RM4,000,000 seumur hidup yang bergantung pada polisi yang dipilih oleh pemohon. Secara tidak lansung, tabung amal ini tidak akan menggunakan simpanan pemohon semasa pemohon dirawat di wad kesihatan atau hospital.

Cara Membuat Tuntutan

Prudential BSN Takaful telah menolong pemohon membuat tuntutan dengan mudah melalui beberapa cara seperti berikut:

  1. Langkah pertama yang harus dilakukan pemohon adalah memberitahu Prudential BSN Takaful mengenai peristiwa itu secepat yang mungkin bagi mendapatkan laporan tuntutan. Pemohon juga boleh menghubungi Prudential BSN Takaful di laman sesawang ini
  2. Terdapat dua borang tuntutan yang harus diisi oleh pemohon, satu untuk mereka dan yang lain untuk doktor yang merawat mereka
  3. Bukti adalah mustahak dalam membuat tuntutan maka pemohon perlu mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada Prudential BSN Takaful
  4. Setelah segala borang dan maklumat telah diisikan dan disediakan oleh pemohon, mereka boleh menghantarnya ke rangkaian Prudential BSN Takaful yang berdekatan